Wednesday, March 30, 2016

Set Tilam Kekabu Bayi CANTIK MENARIK MENAWAN


Bila sebut sahaja KEKABU, ramai yang akan teringatkan bantal dan tilam kekabu kan? Zaman kanak-kanak dulu berkesempatan melihat cara membuat tilam & bantal kekabu nie. Aktiviti setiap petang antara jiran-jiran masa tinggal kat kampung dulu. Memang seronok masa nak masukkan kekabu ke dalam sarung bantal atau tilam sebab nanti penuh kekabu berterbangan di udara…ada yang sampai masuk dalam hidung pun ada…huhuhu..

Kelebihan Kekabu

Produk yang diasaskan daripada kekabu banyak kelebihan. Antara kelebihan kekabu adalah :

Kekabu tidak menyerap atau menyimpan haba. Maka, bantal atau tilam kekabu tidak panas.
Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun atau lebih.
Kekabu sangat lembut dan mudah untuk digebukan semula. Hanya perlu pukul dengan kayu atau tepuk-tepuk guna tangan dan jemur di bawah cahaya matahari.
Tilam kekabu sangat baik untuk sokongan dan pembentukan tulang belakang.
Kekabu adalah ringan iaitu 7 kali kurang tumpat daripada kapas.
Kekabu tidak mengandungi bahan kimia tambahan. Maka kekabu tidak memberikan kesan sampingan yang negatif kepada si penggunanya.


Set Tilam Kekabu Bayi Cantik dan Berkualiti

Penggunaan kekabu dalam produk barangan bayi seperti set tilam, bantal menyusu dan lain juga semakin mendapat perhatian kini.

Set tilam kekabu bayi ini sesuai untuk bayi yang baru dilahirkan sama ada untuk anak sendiri atau pun boleh dijadikan sebagai hadiah kepada saudara atau kenalan yang baru menerima kehadiran orang baru.

Tilam kekabu yang dijual sangat cantik dan sesuai untuk si kecil yang suka berimaginasi. Kain sarungnya pula adalah dari kain cotton yang berkualiti tinggi. Lembut dan tidak panas sesuai untuk kulit si manja.



Keistimewaan Set Tilam Kekabu Bayi

Diperbuat daripada 100% kekabu asli
Corak-corak yang menarik sesuai dengan dunia si kecil yang penuh dengan imaginasi
Jahitan yang kemas dan fabrik 100% kapas yang berkualiti tinggi
Didatangkan lengkap dengan sebiji tilam, satu bantal newborn, dua bantal tidur, dua bantal peluk tambahan comforter dan diaper stacker jika berberminat.
Set sarung yang boleh ditukar.



Harga dan Size Set Tilam Kekabu

Set tilam kekabu bayi yang dijual ada dua harga jualan yang mana anda boleh memilih sama ada mahukan set yang bercomfoter atau tiada comforter.

Material:
Tilam, bantal & bantal peluk : 100% Kekabu, 100% Cotton
Comforter & bantal newborn : Fiber, 100% Cotton (Washable)

Size:
TILAM BERKELAMBU :   77cm X 61cm
BANTAL :             40cm X 26cm
BANTAL PELUK :       33cm X 10cm
SLEEPING BAG :       64cm X 34cm
COMFORTER :          97cm X 93cm

0 comments on "Set Tilam Kekabu Bayi CANTIK MENARIK MENAWAN"

Post a Comment

 

Tilam Kekabu Bayi MURAH Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez