Mengapa Bayi Harus
Dibedung?
Lazimnya bayi yang
baru lahir pasti akan dibedung. Ia salah satu teknik membungkus bayi
menggunakan kain yang lebar dan agak luas.
Membedung bayi
sememangnya amat disarankan pada bayi yang baru lahir kerana ia bagaikan pelukan
hangat seperti semasa masih berada dalam rahim ibu. Membedung akan membuatkan
bayi berasa tenang dan selesa selain memudahkan ia untuk menyesuaikan diri
dengan persekitaran barunya setelah dilahirkan.
Sebenarnya banyak
manfaat membedung bayi ini.
Antaranya:
Untuk menghangatkan
tubuh bayi.
Membantu bayi
menyesuaikan diri dengan suhu persekitarannya selepas keluar daripada rahim
ibu.
Menahan refleksi
gerakan tangan dan kakinya yang selalu membuatnya terkejut dan terbangun dari
tidurnya.
Membedung akan
mengurangkan gerakan refleksi tersebut dan membuat tidur bayi lebih tenang.
Memudahkan bayi
untuk didukung dan didodoikan.
Membuat bayi lebih
mudah untuk ditenangkan apabila dia mula meragam. Apabila dibedung, bayi akan
berasa tenang dan mudah mengantuk lalu tertidur. Sebaiknya jangan membedung
bayi terlalu lama, cukuplah sekadar satu bulan pertama. Ini kerana apabila bayi
semakin membesar, ia akan mula banyak bergerak dan membedungnya hanya akan
membatasi pergerakan motoriknya yang sedang berkembang dan boleh membuat bayi
bertambah meragam kerana sudah mula berasa tidak selesa apabila dibedung.
Selain itu,
perhatikan juga perkara berikut apabila mahu membedung bayi.
Cuaca yang terlalu
panas. Ini akan menyebabkan bayi berasa tidak selesa dibedung kerana tubuhnya
terasa bahang dan tidak mendapat udara. Jika begini, sebaiknya jangan bedung
bayi dahulu sehingga cuaca panas mula berkurangan. Perhatikan keinginan bayi.
Sesetengah bayi tidak suka dibedung malah banyak meragam apabila dibedung. Jika
bayi lebih tenang dan selesa tidak dibedung, tidak perlulah anda membedungnya.
Jika
membedung bayi, anda harus peka dengan lampinnya samada lampin pakai buang atau
lampin basahan. Bayi yang baru lahir kerap membaung air. Lampin yang basah akan
mengganggu keselesaannya. Berhati-hati dan sentiasa perhatikan bayi anda.
Adakalanya kerana pergerakkan bayi, kain bedung mungkin boleh menutupi wajahnya
atau terkena pada wajahnya yang membuat bayi bersa tidak selesa ataupun mungkin
boleh menyebabkan kelemasan.
Testimoni Bedung Bayi Kekabu Asli
wasap skrg 014 689 1033
wasap skrg 014 689 1033
Isian 100% kekabu Asli
Kain Cotton Yang Bermutu Tinggi
wasap skrg 014 689 1033